Thursday, 14 February 2013

CC1M 2nd OJCT POCONG NITE RIDE @ CARNIVAL BANDAR TIRAM JOHOR 2013





ANJURAN


OJCT

BERSAMA SAS MEDIA SDN BHD

DAN DISOKONG OLEH TOURISM MALAYSIA, JOHOR LAND BERHAD DAN BELIA 4B ZON TEBRAU

PADA 8 & 9 JUN 2013


>>> | FB WALL EVENT | <<<

LATAR BELAKANG


  • Dengan inisiatif kelab Basikal OJCT  akan menganjurkan  Program Kayuhan yang di beri nama 2nd OJCT POCONG NITE RIDE SUNGAI TIRAM JOHOR CHALLENGE 2013 buat kali ke 2 bertujuan mendapatkan sumbangan dan pengumpulan dana bagi mengisi tabung PIBG Sek. Men. Keb. Sg. Tiram Johor yang baru 2 tahun beroperasi. Bagi makluman program ini telah dilaksanakan buat pertama kali dengan jayanya pada 14 april 2012 dengan kehadiran seramai 600 peserta MTB menjadi tanda aras terbaik untuk dijadikan  program berterusan sebagai acara tahunan.

  • Program kayuhan tersebut adalah anjuran OJCT bersama dengan Tetuan SAS MEDIA SDN BHD sebagai tenaga pengerak program serta mendapat sokongan penuh dari BELIA 4B ZON TEBRAU yang telah banyak memberi khidmat nasihat dan sumbangan ke atas program ini.



OBJEKTIF

  • Selain daripada matlamat utama bagi pengumpulan dana bagi Sek. Men.  Keb. Sg. Tiram Johor (SMKST) adalah bertujuan untuk mengembangkan dan menyatukan aktiviti berbasikal di waktu petang dan waktu cuti serta malam yang digemari di masa kini kerana kesuntukan masa di waktu siang yg dipenuhi dengan rutin tugasan harian. Dengan ini para pengemar basikal dapat mengisi dengan aktiviti yang berfaedah serta tersusun.
  • Bagi pengumpulan dana ini serba sedikit dapat meringankan beban seramai lebih 600 pelajar SMKST yang kurang berkemampuan untuk terus belajar bagi matlamat untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan khasnya.
  • Supaya dengan aktiviti sehat berbasikal ini kesihatan bertambah baik dan seterusnya kita dapat membuat tindakan awal pencengah penyakit serta akan berasa lebih sihat dan cerdas kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
  • Dengan aktiviti berbasikal juga para belia setempat khasnya dapat mengisi waktu lapang mereka dengan perkara yang berfaedah dan terhindar daripada perkara yang tidak sihat.

  • Aktiviti berbasikal yang semangkin mendapat sokongan ini juga dapat melatih serta memupuk minat di kalangan belia setempat khasnya seterusnya menjadi pelapis di dalam bidang sukan berbasikal sama ada dlm kategori ‘Road Bike,’ ‘MTB’ mahu pun Fixie di peringkat daerah, negeri mahupun negara.
  • Demi menyokong aktiviti yang murni ini, pihak OJCT selaku penganjur di Zon Sungai Tiram ini sangat mengharap dan memerlukan sokongan dari Badan-Badan NGO, Syarikat dan Perseorangan serta Agensi Kerajaan untuk memberi sokongan padu bagi menjayakan program berbasikal ini supaya matlamat utamanya akan tercapai secara berterusan kerana program ini mendapat sokongan penuh Belia 4B Zon Tebrau.
  • Satu program yang berkonsepkan sukan pelancongan akan dilaksanakan di zon ini bagi memenuhi kalender disepanjang bulan serta tahun dengan tidak secara langsung akan memberi pulangan kepada penduduk setempat.
  • Dengan adanya program ini dapat mempromosikan destinasi-destinasi pelancungan di Malaysia seterusnya meletakan zon Sungai Tiram Johor menjadi salah satu zon tumpuan dan program ini telah dirangka dengan teliti dengan kerjasama syarikat pelancongan setempat.


GOLONGAN SASARAN

  • Kita sedia maklum fenomena berbasikal amat berkembang di masa-masa  terdekat ini kerana di sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini banyak acara berbasikal diadakan berkonsepkan samada berbentuk jamboree, kempen berbasikal,  jelajah, perlumbaan ataupun ekspidisi dengan ini pihak OJCT menyahut cabaran unt meletakan acara 2nd OJCT POCONG NITE RIDE SUNGAI TIRAM JOHOR CHALLENGE 2013 tersebut di Zon Sungai Tiram Johor. 
  • Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan tidak mengira latar belakang semoga aktiviti berbasikal dapat mengeratkan lagi silaturahim yang terjalin antara kita semua. 
  • Dengan program ini serba sedikit dapat menyumbang kepada negara dalam pembangunaan ekonomi dalam industri yang berkaitan serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitarnya. 
  • Menjadi tumpuan kepada pengemar berbasikal, atlit sukan berbasikal, kelab-kelab berbasikal akan bersaing sesama mereka dalam program yang dilaksanakan ini yang telah mendapat liputan meluas di mass media, website, facebook dan lain-lain ruang majalah sukan berbasikal.


KONSEP PENYERTAAN KAYUHAN



  • Kategari MTB, ROAD BIKE dan FIXIE

  • Sasaran Penyertaan

MTB 1200 peserta

FIXIE 300 peserta

ROAD BIKE 800 peserta

  • Konsep kayuhan masih lagi mengekalkan Kayuhan Santai bagi para peserta dapat menikmati keindahan alam sekeliling dengan suasana kampung serta dapat menghirup udara yang nyaman jauh dari pencemaran alam khasnya di Kg Mulia Sungai Tiram Johor dan kawasan persekitaranya. 


KRITERIA PENYERTAAN

(Kategori MTB)

  • Junior Lelaki
    Umur 13 tahun – 18 tahun
  • Perempuan Terbuka
    Umur 13 tahun – ke atas
  • Lelaki Terbuka
    Umur 19 tahun  - 44 tahun
  • Lelaki Veteran
    45 tahun – ke atas


(Kategori Fixer)

  • Junior Lelaki
    Umur 15 tahun keatas
  • Junior Perempuan
    Umur 15 tahun keatas




(Kategori Road Bike)

  • Junior Lelaki
    Umur 13 tahun – 18 tahun

  • Perempuan Terbuka
    Umur 13 tahun – ke atas
  • Lelaki Terbuka
    Umur 19 tahun  - 34 tahun
  •  Lelaki Senior Veteran
  • 35 tahun - 44 tahun
  • Lelaki Veteran
    45 tahun – ke atas






LOKASI KAYUHAN


      
KATEGORI MTB



  Jarak laluan anggaran sejauh 41 km +++



  LALUAN KAYUHAN

  Bandar Tiram, Kg Tenang, Kg Mulia, Jln Sg Tiram, Estet Felcra, Jln Sg Redan, Ladang 
   Kulim, Ladang Persendirian Estet Poh Chong, Jalan Tebrau Tiram dan menamatkan  
   kayuhan di Bandar Tiram.

  Jarak kayuhan anggaran 41km+++ dengan laluan 25% jalan bertar dan 75% ‘off road’

  Memerlukan jangkaan masa 3.30 jam untuk menamatkan kayuhan

•  Kayuhan diadakan di waktu malam



MTB ROUTE



      KATEGORI FIXIE


  • Jarak laluan sejauh lebih kurang 8 km +++


      LALUAN KAYUHAN


  • Program bermula di Bandar Tiram ke Taman Bukit Tiram tamat ke Bandar Tiram

  • Jarak kayuhan kira-kira 8km +++ dan laluan 100% jalan bertar

  • Memerlukan jangkaan masa kira-kira 2 jam untuk menamatkan kayuhan

  • Program ini akan dilaksanan di waktu pagi

FIXIE ROUTE




      
ROAD BIKE


•  Jarak laluan sejauh lebih kurang 100km – 120km +++

LALUAN KAYUHAN



•  Bandar Tiram, Kota Tinggi, Jalan Lombong, Simpang Water Fall Kota Tinggi, Felda   
   Penggeli Timur, Felda Sayung, Felda Bukit Besar, Jalan Kota TinggiKulai, Jalan ke  
   Felda Ulu Tebrau, Felda Ulu Tebrau, Taman Bukit Tiram, Jalan Tiram – Kota Tinggi,  
   Pusingan ke Bandar Tiram.

•  Jarak kayuhan kira-kira 100km-120km+++ dan laluan 100% jalan bertar.


•  Memerlukan masa kira-kira 4.30 jam – 8 jam untuk menamatkan kayuhan keseluruhan  
   peserta.


•  Kayuhan ini akan dilaksanakan di waktu pagi.



ROAD BIKE ROUTE





TARIKH DAN MASA



(KATEGORI MTB)

Tarikh :                                  8 JUN 2013

Hari :                                     SABTU

Masa Berlepas :                    8.30 mlm

Masa Tamat :                        12.30 mlm (4 Jam)

(KATEGORI FIXIE)

Tarikh :                                  8 JUN 2013

Hari :                                     SABTU

Masa  Pelepasan:                   9.00 pagi

Masa tamat:                           11.00 pagi (2 Jam)

(KATEGORI ROAD BIKE)

Tarikh:                                   9 JUN 2013

Hari :                                     AHAD

Masa  Pelepasan:                  7.30 pagi

Masa Tamat:                         2.00 ptg (6 1/2 Jam)







HADIAH DAN CABUTAN BERTUAH





Kategori MTB

  • Junior Lelaki
Tempat Pertama                         RM500
Tempat Kedua                            RM300
Tempat Ketiga                            RM200
Tempat Ke 4 – 10                       RM50

  • Terbuka Lelaki

Tempat Pertama                         RM500
Tempat Kedua                            RM300
Tempat Ketiga                            RM200
Tempat Ke 4 – 10                       RM50

  • Terbuka Perempuan

Tempat Pertama                         RM500
Tempat Kedua                            RM300
Tempat Ketiga                            RM200

  • Veteran Lelaki

Tempat Pertama                         RM500
Tempat Kedua                            RM300
Tempat Ketiga                            RM200
Tempat Ke 4 – 10                       RM50





Kategori FIXIE

  • Junior Lelaki

           Tempat Pertama                         RM500

           Tempat Kedua                            RM300

           Tempat Ketiga                            RM200

  • Junior Perempuan

           Tempat Pertama                         RM500

           Tempat Kedua                            RM300

           Tempat Ketiga                            RM200






MEDAL FINISHER UNTUK KATEGORI MTB & FIXIE

Bahan daripada ZINK dan tebal 5mm






HADIAH CABUTAN UNTUK MTB

Cabutan Hadiah Pertama


Cabutan Hadiah Kedua


      Kategori ROAD BIKE

 1. LELAKI TERBUKA (19 - 34 Tahun)      
     TEMPAT PERTAMA RM1500
     TEMPAT KEDUA RM1000
     TEMPAT KETIGA RM500
     TEMPAT KEEMPAT RM300
     TEMPAT KELIMA RM200
     TEMPAT KE 6 - 10 RM100

2. LELAKI JUNIOR (Bawah - 19 Tahun)
    TEMPAT PERTAMA RM500
    TEMPAT KEDUA RM300
    TEMPAT KETIGA RM200
    TEMPAT KEEMPAT RM100
    TEMPAT KELIMA RM100
    TEMPAT KE 6-10 RM50

3. LELAKI JUNIOR MASTER (35 - 44 Tahun)
    TEMPAT PERTAMA RM500
    TEMPAT KEDUA RM300
    TEMPAT KETIGA RM200
    TEMPAT KEEMPAT RM100
    TEMPAT KELIMA RM100
    TEMPAT KE 6-10 RM50

4. LELAKI SENIOR MASTER (45 ke atas pada 8/6/2013)
    TEMPAT PERTAMA RM500
    TEMPAT KEDUA RM300
    TEMPAT KETIGA RM200
    TEMPAT KEEMPAT RM100
    TEMPAT KELIMA RM100
    TEMPAT KE 6-10 RM50


5. PEREMPUAN TERBUKA (13 Tahun ke Atas)
    TEMPAT PERTAMA RM500
    TEMPAT KEDUA RM300
    TEMPAT KETIGA RM200
    TEMPAT KEEMPAT RM100
    TEMPAT KELIMA RM100
    TEMPAT KE 6-10 RM50

Finisher Medal
Finisher Medal akan disediakan kepada rider yang sampi ke penamat dgn masa yang telah ditetapkan serta melepasi semua CP yang disahkan oleh pihak penganjur.



HADIAH CABUTAN UNTUK ROAD BIKE

CABUTAN HADIAH UTAMA 
ROAD BIKE KELUARAN TERHAD




No comments:

Post a Comment